Sunday, 15 May 2011

Tegarkah aku melakukan semua ni..

sejak dua menjak ni banyak masalah datang ke dalam hidup ku..Dugaan betol lah sebagai anak, sebagai sahabat, sebagai kakak..sebagai adik..subhanallah..alhamdulullah..allahuakhbar...

Aku xmampu nak harungi ni sume..sejujurnye aku xboley..aku cube kuatkan semangat aku tapi air mata ku tetap gugur tanpa aku rela..mujur la adik2 dan sahabat baik ku yang amat aku sygi dan cintai dan kasihi..segala-galanye laaa..

Kisah abang ku tinggal 3/4 je lagi nak setle..dah siap bayar dah kereta tu..tengah repair je sekarang..pastu nak tukar nama..kalau puspakom lepas, xde pepe masalah dah pasni..aku xsanggup dah tengok abah sedih..adik aku pon dah selamat duk nga aku..arap2 ko xde la buat masalah kat akak ye dik..akak ko ni bkn sehat mana pon..ulang alik masuk wad je..

Buat Nursha, aku pon tengah pokai sekarang..3/4 je aku dapat tolong ko borrow ek..sowi la yunk..time gawat ko mintak tolong memeng xlepas..sowi bebanyak..kalau aku da rezeki lebih kang aku campak kt ko ek but aku not sure ok..not promise..!!!

Hal mama masih tiada kesudahan..kalau dulu aku lah ank yang dengar cakap, yang xmembantah tapi sekarang aku lah yang paling mama benci, yang paling mama xsuka, yang mama labelkan ank yang xkenang budi dan kurang ajar..Aku xkisah title yang aku terima..aku buat sume ni demi kebahagiaan yang dah terbina 32 tahun..maafkan akak mama..akak terpksa bersikap kurang ajar..akak xde niat nak marah mama, petah lagi tinggi kn suara nga mama..mama jadi gni sebab dia..dia memang perosak..akak benci dia..sampai akak mati mama..

ya Allah..engkau titipkan lah kesabaran dan ketabahan serta keimanan pada ku untuk sume ini..aku terasa penat sgt2..penat dengan rempah ratus kehidupan yang semakin mencabar..kiranye aku sudah tidak mampu lagi bertahan, kau ambil lah nyawa ku agar aku tidak terus melakukan dosa..amin..

Percintaan daLam pERSahabataN

Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini
sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego
sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

aku tak pasti kenapa dan mengapa perlu wujud ego di antara insan yg bergelar lelaki..Bukanlah hawa diciptakan untuk adam lindungi..untuk adam sayangi..tapi kenapa adam menguji hati dan perasaan hawa..??

Perlukah setiap perhubungan antara adan dan hawa diselitkan dengan hati dan perasaan lebih seorang kawan..Tak boley ke dalam persahabatan tiada percintaan..??xboley ke just berkawan je..??bak kata Rossa, teman tapi mesra..

andai la kata aku dapat pilih, aku xnk nye kapel2, jauh sekali bercinta di dalam persahabatan..takut nanti aku akn hilang kawan yang amat aku syg, hormat, pahami aku..tapi aku xmampu berandai lah kata..!!

Tuesday, 10 May 2011

Bila Harta Dunia Menjadi Keutamaan..

Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”
Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.
Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.
“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”

Thursday, 5 May 2011

Siapa yaNG LebiH EGO..???LeLaki aTaupon PereMPuaN..??--->I

harimau mati tinggalkan belang..manusia mati tinggalkan nama..itulah yang sering kite dengar dari dulu smpai sekarang..bukankah harimau mati tinggalkan bangkai dan manusia mati tinggalkan dunia..??!pelik sungguh dahulu dan sekarang..

Bila bercinta, indah-indah je berjanji..kalau kentot pon xbunyi..kau lah bulan..kau la matahari..kau lah nyawa..kau lah utama..kau la dewi..kau lah cinta..tapi bila kau mati arini, sok pagi aku cari len..lusanya aku kwen lagi..itu lah LELAKI..xramai yang sanggup besarkan ank tanpa kawen lagi..
ke Lombok sekali pon saya ikot..emas intan belian saya sanggup saya gadaikan..wet saya di bank awak ley pinjamkan dulu..pakai lah kereta saya dulu..pakai la motor saya dulu..saya basuhkan baju awk..saya masakkan untuk awk..bile dah kene tipu, kene tinggalkan, kene ceraikan, menangis bagaikan sok nak mati..beria-ria je..makan x, minum x, tido x..inilah PEREMPUAN..segalanye sanggup kalau dah namanye cinta..

sebab tu la aku xsuke berjanji mahupon bersumpah..sebab aku xnk mati kang Allah tuntut jnji nga sumpah aku tuu..takut beb..nakal-nakal aku pon tahu gak hukum hakam ni..tapi aritu ade la terkisah terbuat perjanjian..tapi xde kaitakn hal maruah sesiapa pon..just nk try sape lebih ego dan siapa cakap besar..hadiahnye paling best..3H2M di melaka di tanggung 100%..hahaha..cun je kalau dapat kn..cayunk..!!cayunk..!!

p/s: nak tahu perjanjian ape,tunggu Siapa yaNG LebiH EGO..???LeLaki aTaupon PereMPuaN..??--->II..hehehe

KaU xkaN BahaGia berSama Aku..perCaYALah..!!!

sudah berbulan dia menyepikan diri..kata nya ada masalah..pemasalah aku pon xtahu.cuma aku pasti aku nak jadi sahabat terbaik utk dia..

penah jugak he say sesuatu yang menggembirakan bagi dia tapi masih jauh dan terlalu jauh utk aku gapai..mampu say sorry dear..can get better from me..

setiap kali wujudnya tarikh 3hb, tak kisah bulan berapa, pasti dia akn timbul ke permukaan air..katanya windu..bukan kah dia sudah berpunye..jauhnye aku terfikir..mana la tahu windu as a bestfriend an..

aku belum pasti di mana cinta hatiku berada kerana untuk menyintai seseowng manusia yg bergelar kekasih mahupun suami adalah terlalu jauh lagi dari dunia zahir dan batin ku..bukan menolak takdir mahupun menyalahkan takdir cuma yang lepas banyak memberiku erti air mata cinta..

aku doakan dia akan dapat yang terbaik dari kalangan yang beriman..sebab hanya yang beragama sahaja yang akan kekal dunia mahupun akhirat..kerna itu lah yang akan membantu dia dan keluarga meniti di siratol mustaqim untuk menuju ke syurgatul jannah..

IZINKAN AKU JADI SAHABAT BAIK MU BUAT SELAMA-LAMANYA..

Monday, 25 April 2011

lalalalalalallallalalal.....

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"


"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.


"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.


"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.


"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.


"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."


"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."


"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.


"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.


Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,


"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi

Thursday, 21 April 2011

zaman kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.


Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
 
 
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”