Wednesday 15 June 2011

biLa aKu SUdAH tiaDa..

bila aku sudah tiada lagi di sisi mu..
ingat lah bahawa 
kita pernah kenal
kita pernah berteman
kita pernah berjumpa
kita pernah bahagia

bila aku sudah tiada..
jangan sesekali kau titiskan permata jernihmu
jangan sesekali kau tangisi diriku
jangan sesekali kau biarkan kenangan kita menghalang mu untuk bahagia lagi

bila aku sudah tiada..
iringilah ketiadaan daku dengan kegembiraan
iringilah ketiadaan daku dengan kebahagiaan
iringilah ketiadaan daku dengan kalungan doa
iringilah ketiadaan daku dengan ayat-ayat al-Quran

Bila aku sudah tiada..
Simpan lah kenangan kita bersama
Jangan dikesali apa yang terjadi
Kerna itu semua sudah tertulis di Luh Mahfuz lagi

Maafkan diri ini kerna tak daya lagi
menidurimu dengan nyanyian kasih
menyelimutmu dengan selimut sayang
membelaimu dengan belaian cinta
memelukmu dengan pelukan mesra

Hanya mampu memandangmu dengan penuh kerinduan
Mengingatimu dalam ikatan kenangan
Sayang..TERIMA KASIH.. =)

No comments:

Post a Comment